Wednesday, December 16, 2009

Selamat Pengantin Baru


Pada 29 November 2009 iaitu bersamaan 11 Zulhijjah 1430 Hijrah yang lalu, salah seorang sahabat kita, Siti Hawa bt Mohamad Ros telah menamatkan zaman bujangnya dan telah meraikan dan mengadakan majlis memeterai ikatan janji,izin berwali, ijab bersaksi, bertaklik antara dua hati iaitu dengan Shikh Mohd Yazid b. Shikh Omar…Majlis perkahwinan tersebut dilangsungkan di kediamannya yang bertempat di Taman LKNP Galing, Kuantan…tahniah diucapkan kepada Hawa dan pasangannya kerana telah selamat diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri…





Ya Allah ya Tuhan Kami,

Satukan tautan hati Hawa & Yazid
Sebagaimana engkau satukan hati Adam & Hawa
Yusof & Zulaikha, Nabi Muhammad s.a.w & Siti Khadijah.
Kurniakan kepada pasangan suami isteri ini zuriat
yang soleh dan solehah
Serta jadikanlah rumah tangga mereka aman & bahagia
dalam ketaatan terhadap mu yaAllah.
Berkatilah perkahwinan ini dan semoga berkekalan dan sempurna
sepertimana yang engkau kehendaki….
Amin Ya Rabbal Alamin…

                   
32. dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang Yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha mengetahui.(Surah Annur:32)

Tidak lupa juga kepada pasangan siti hanisah dan Taufikh yang dilangsungkan pada hari yang sama. Semoga mereka berbahgia dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.InsyaAllah….Tahniah dan selamat pengantin baru kepada mereka..



p/s : tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat yang telah lama mendirikan rumah tangga, juga dicapkan selamat Pengantin Baru (tapi yang dah lama,hehehe...)terutamanya kepada Zul Ikram, Aris Sudin, Mohd Amin,Mohd Zaki dan lain-lain lagi...










1 comment: