Thursday, December 3, 2009

GATHERING KALI PERTAMA 3 IBNU UMAR 2003





Alhamdulillah, pada 02 disember 2009 yang lalu kami telah mengadakan perjumpaan bagi batch kami buat kali pertama setelah 6 tahun meninggalkan sekolah Menengah Islam Al-Irsyad yang tercinta…seramai 14 orang yang telah hadir pada perjumpaan kali ini yang bertempat di rumah salah seorang sahabat kita iaitu Azizah di kg Baru Peramu. Antara sahabat- sahabat yang hadir pada perjumpaan kali ini ialah, ZUL IKRAM, ARIS SUDIN, MOHD MUAZ, HAB SALLEH, SYED ZAIDUL, SYEIKH FARHAN, AMIRUL RADZI, AZLINA, NURUL AISYAH, BAZILAH, FADHILLAH, AZIZAH, HUSNA dan SABRINA…Walaupun jumlah yang dapat hadir tidak begitu ramai, tetapi perjumpaan kali ini tetap diteruskan kerana mungkin ia akan menjadi titik pemula bagi perjumpaan-perjumpaan yang akan datang…dan kami berharap dapat mengumpulkan lebih ramai bekas pelajar batch kita pada reunion yang akan datang…

Hasil daripada gathering kali ini kami telah membincangkan beberapa perkara bagi hala tuju masa hadapan batch kami..antara hasil perbincangan tersebut ialah kami bersetuju untuk menubuhkan tanzim(organisasi) bagi batch kami bagi memudahkan gerak kerja atau perancangan masa hadapan. Setelah menubuhkan organisasi, kami merancang beberapa aktiviti untuk dilaksanakan pada masa hadapan yang melibatkan semua bekas pelajar batch kami. Kami juga akan berusaha untuk mencari dan mengumpul semua maklumat pelajar batch kami bagi menghubungkan silaturrahim antara sesama ahli batch yang telah lama tidak berjumpa….beberapa program yang berbentuk ukhuwwah turut dirancang untuk dilaksanakan. ..selain itu, kami telah berbincang untuk mengenakan yuran tahunan untuk semua ahli batch kami..yuran yang dipersetujui ialah sebanyak RM120 setahun dan perlu dibayar kepada bendahari iaitu saudara ZUL IKRAM..bayaran boleh dilakukan secara bank- in ke akaun ZUL. Number akaun akan diberitahu kemudian oleh ZUL melalu blog ini juga…antara agenda lain hasil daripada perjumpaan tersebut ialah kami berbincang untuk menubuhkan satu blog sebagai wadah bagi pelajar batch kami berinteraksi dan mengetahui isu semasa berkaitan sahabat- sahabat. Oleh itu, tertubuhlah blog ini yang selain itu berfungsi sebagai medan untuk merapatkan lagi ukhuwwah sesama kami…. Oleh itu, kami berharap sahabat sahabat batch 2001-20003(f1-f3) Sekolah Menengah Islam Al-Irsyad akan memanfaatkan blog ini untuk menjalin kembali hubungan yang lama… diharap ukhuwwah yang terjalin akan terus kekal dan berpanjangan….

Wallahu a’alam…………..



1 comment:

  1. Satu usaha yang baik bagi merapatkan lagi silaturrahim,semoga ianya akan berpanjangan dan berterusan.

    ReplyDelete